KATA TANYA 1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. 2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. 3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya. 4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat 5. Partikel ‘ kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. 1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya. 2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu : a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya. b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Comments
Post a Comment